aku minat lagu ini -150 jutanya-

Posted by Eddy Labels: , , Friday, August 27, 2010

     Assalammualaikum. Hi. Pejam celik dah mask 17 Ramadan .. Maknanya dah 17 hari aku posa. Alhamdulillah puasa tahun ini berjalan dengan lancar, hope dapat habiskan baki ramadan ini dengan jayanya. Korunk mcm mane, posa korunk penuh lagi x? kalau penuh syukur alhamdulillah tapi pada yg x penuh korunk bleh ganti lepas nie ok. Jangan cari alasan xmo ganti ok. Tak baik tau.. 

        Ari ni aku mencari idea untuk menulis tapi xde apa yg nak ditulis pulak. Aku buka blog bro zack zukhairi xde update pulak lagi.. huhu.. best baca blog bro tu .. dengan katun yg dia buat tu, memang menarik. tak salah kalau blog bro zack zukhairi antara yg paling top dalam MALAYSIA aku rasa. mesti kebanyakkan mereka yang online kat tenet ni mesti tahu blog dia. Pada yang belum kenal zack, korunk leh tgk kat sini REALITI KONSPIRASI - Zack Zukhairi

         Em untuk tak memanjangkan penulisan dipetang jumaat ini, aku nak share satu lagu yang menarik dengan liriknya yang fuhh mengancam dan mengegarkan rongga2 anak tekak .. hehe..lagu yg aku maksudkan ialah 150 jutanya oleh fynn Jamal. aku rasa kebanyakkan korunk pun dah dengar lagu ini kan . Aku baru 2 -3  hari dengar lagu ini dn memang menarik. Aku tak tau mane satu penyanyi asal, sebab kat fb aku , ada juga video mengenai lagu ini tapi xtau btul ke tidak penyanyi dia . 

              Kat bawah ini lirik dia aku quote kan ok.. disertakan juga video dia dari ruang facebuk.. harap korunk terhibur. Ok sekian :)


untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?”

di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu:

“dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya--

aku lagi kenal dia”

dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"

di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
"apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
terus kau cubit dagu aku sambil berkata:

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--

saya kenal sayang saya”

buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa

rahsia kita berdua

 video lagu ini :


bila BUDAK terlalu MAJU

Posted by Eddy Labels: , Thursday, August 26, 2010

         Assalammualaikum. Hi. Hari ni masa aku open facebook , aku ada dapat satu link video kat recent activity fb aku. Aku tgk ramai orang komen kat situ. Aku tgk tajuk video itu - Bila Zikir Dipersendakan -. Aku monolog sendiri dalam hati, "video apa pula ni , bulan2 pose macam nie pun ada gak yang nak wat video yang nonsense ke ?". 

            Aku pn click kat link tu, kemudian aku tunggu dia streaming. Lepas tu video pn start. 1st-1st aku dah dengar nampak 2 org wanita yang BERTUDUNG, baca zikir Hasbi Rabbi sambil kedua2 tangan melekup macam orang cina nak sembah colok apa. "Apa motif budak-budak ni?" , aku bermonolog dalam hati lagi. Aku pn terus je tgok sampai abis. Memang kurang ajar betul, dah lah bulan mulia ini, buat bukan-bukan lak diorg nie.. tak takut azab ALLAH ke. 

             Dahlah tu buat gaya macam dikir barat. Kepala otak korunk wat macam tu sambil berzikir. Ajaran sesat mane lah diorg ni bawa. Bleh terpesong akidah macam tu. Lepastu leh gelak-gelak. Suko lah muka masuk internet, satu dunia tgk.. Kalau mak bapa korunk tgk mesti malu ada anak macam nie. Boleh perli agama ISLAM itu sendiri. Aku pun pelik kenapa macam nie.

              Aku rasa inilah sebab kemajuan, bila dah terlalu technology sangat, jadi budak-budak skrang semakin jadi kurang ajar dan tak tahu nak hormat agama sendiri. Hal ini bleh memalukan bangsa kita sendiri. "Mesti bangsa lain kata, apa punya bangsalah, agama sendiri pun nak perli". Inilah tanda bila kita hampir ke penghujung dunia.

                                    ini video yang aku dapat tu, aku upload kat sini.


p/s: Bila kita hidup dalam arus pesat kemajuan , perkara ini akan berlaku. Aku tak tahulah nasib budak-budak kat video tu lepas nie. Adakah diorang akan terus berkelakuan atau sebaliknya. Sama-sama doakan agar mereka kembali ke jalan ALLAH . amin.

1st Chapter : Intro

Posted by Eddy Labels: , ,

           
     Assalammualaikum. Hi. pertama skali aku nak ucapkan welcome kepada semua yang datang pada pembukaan blog aku ini. Aku ni buka 1st time ada blog, dah banyak times aku buat blog, but kali ini aku nak buat blog yang lebih santai dan ringkas. Blog-blog aku sblum ini, kebanyakkan ke arah formal style yang mane kadang-kadang mnyusahkan aku untuk menulisnya.

      So aku decide lah untuk buka blog baru ini. Hope aku dapat luahkan dan kongsi story2 dengan korunk semua. Aku juga minta kalau korunk smua ada opinion yang bernas or idea's sbagainya, jangan segan2 tapir tinggalkan je kat bhgn comment dibawah. Kalau korunk leave kat chatbox pn boleh, tapi aku takut aku xdpt nak baca pula idea's bernas korunk tu .



p/s : insyaALLAH blog aku ni akan ditulis didalam dua combination bahasa iaitu BM dan BI. Boleh juga dibaca seantero dunia dan terbuka kepada sesiapa tak kira korunk tu bosar, kocik, panjang, rendah, kurus, gemuk atau sbagainya. Aku harap korunk enjoy.